BERITA SEMASA

Kematian jemaah haji Malaysia di Tanah Suci meningkat kepada 21 orang

KUALA LUMPUR – Seorang lagi jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia di Tanah Suci semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah negara setakat ini seramai 21 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Yusoff Arshad, 83, dari Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.25 pagi waktu Arab Saudi di Hospital King Abdul Aziz akibat serangan jantung.

“Allahyarham ditemani anaknya, Ahmad Yasir, sepanjang berada di Tanah Suci. Segala urusan termasuk pengurusan jenazah telah dikendalikan oleh pihak Tabung Haji,” katanya.

Mohd Na’im turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham khususnya anak-anak di Malaysia.

“Semoga ahli keluarga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi kehilangan ini. Marilah kita mendoakan agar roh Allahyarham dikurniakan husnul khatimah serta ditempatkan dalam kalangan para solihin,” tambah beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button