
Kematian bekas wartawan TV3 Sabah, Fahmi ucap takziah
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sekali lagi melahirkan rasa dukacita di atas kematian seorang bekas pengamal media di Sabah hari ini.
Melalui status Facebook beliau, Fahmi memaklumkan tentang pemergian bekas Ketua Biro Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 Sabah, mendiang Elphege Godomon yang meninggal dunia pagi tadi.
“Ucapan takziah buat keluarga dan sahabat handai saudara Elphege.
“Nama mendiang sememangnya tidak asing dalam kalangan pengamal media di Negeri Sabah.
“Justeru, kehilangan ini pastinya amat dirasai oleh rakan-rakan seperjuangan. May his soul rest in peace,” tulis Fahmi dalam kenyataan tersebut.
Terdahulu, Fahmi turut mengucapkan takziah di atas kematian penerbit saluran radio RTM iaitu TRAXXfm, Muhammad Faizal Hussaini Rashid, 45, yang meninggal dunia akibat kanser malam tadi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |