BERITA SEMASADALAM NEGERI

Dua maut MPV terbabas di Tanjong Karang

TANJONG KARANG – Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza di Kilometer 65.5 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Jalan Bernam, Batu 10, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, memaklumkan pihaknya menerima laporan pada pukul 9.37 pagi.

“Siasatan awal mendapati MPV yang dipandu dari arah Teluk Intan menuju ke Sentul itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar pembahagi konkrit.

“Kenderaan terbabit terbalik dan tercampak ke dalam parit berhampiran lokasi,” katanya memetik Harian Metro.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa pemandu berusia 53 tahun dan penumpangnya yang berusia 69 tahun disahkan meninggal di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kenderaan akibat impak kuat.

“Siasatan awal juga mendapati mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar memancing malam sebelumnya,” jelasnya lagi.

Menurut Superintendan Azaharudin, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak media melaporkan identiti dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tragis tersebut telah dikenal pasti.

Mangsa pertama ialah Mohammad Rosdi Samin, berusia 69 tahun, manakala mangsa kedua ialah Norazlan Mat Saad, 53 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button