Berita Semasa

Keluarga setuju bawa pulang jenazah Nurhaslinda

KUCHING – Jenazah rakyat Malaysia, Allahyarhamah Nurhaslinda Abdullah yang meninggal dunia di Korea Selatan, Isnin lalu akan dibawa pulang ke tanah air pada 4 Januari depan.

Keputusan itu dibuat selepas pihak keluarga yang sebelum ini mengambil keputusan untuk mengebumikan Allahyarhamah di Korea Selatan, bersetuju membawa pulang jenazah berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya telah berusan dengan ahli keluarga Allahyarhamah bagi mengurus dokumentasi antara waris Nurhaslinda dengan pihak Wisma Putra dan pihak Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.

Beliau, turut mendahulukan pembayaran berjumlah RM31,082.25 bagi mempercepatkan proses pembayaran kos hospital, pengurusan dan pengebumian jenazah.

“Apabila awal tadi kita memutuskan supaya pengebumian diadakan di Korea, jadi saya terpaksa dahulukan pembayarannya kerana kita tidak mahu jenazah itu disimpan terlalu lama di hospital.

“Maka oleh sebab itulah kita terpaksa ambil keputusan itu iaitu biarlah kita bayarkan dahulu dan kemudiannya terpulanglah kepada keluarga untuk membantu.

“Ini penting untuk kita mengelakkan peningkatan kos yang perlu ditanggung sekiranya tindakan untuk menguruskan jenazah Nurhaslinda lambat dilaksanakan,” kata Nancy, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa persidangan video bersama abang serta bapa Nurhaslinda, Abdul Hafiz Abdullah dan Abdullah Mat di pusat khidmat Ahli Parlimen Santubong di sini.

Menurut Abdul Hafiz, adiknya yang pernah menjalani pembedahan jantung berlubang, 10 tahun lalu selain mempunyai masalah asma ada menghubunginya memaklumkan dia tidak sihat dan sering mengalami sesak nafas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button