
Keluarga nafi arah tukar lokasi persemadian terakhir Allahyarham Tun Hanif ke Bukit Kiara
KUALA LUMPUR – Keluarga kepada Allahyarham Tun Hanif Omar menafikan meminta mengubah lokasi pengebumian bekas Ketua Polis Negara itu ke Bukit Kiara.
Menurut anaknya, Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff, pada awalnya pihak keluarganya dimaklumkan jenazah Allahyarhan akan dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara namun pada saat akhir pihaknya dimaklumkan lokasi pengebumian diubah.
“Lebih kurang jam 9.45 pagi, saya dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mempertimbangkan untuk jenazah dibawa terus ke Masjid Negara untuk semua urusan sehingga pengebumian di Makam Pahlawan.
“Setelah berbincang dengan ibu saya, kami bersetuju. Ini merupakan maklumat dan komunikasi terakhir mengenai pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham sehinggalah pengumuman dibuat oleh Imam Masjid Negara memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara.
“Tidak ada sebarang perbincangan dilakukan oleh pihak Protokol dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan saya sebagai waris dan wakil keluarga,” katanya dalam satu kenyataan yang tular di media sosial.
Dalam pada itu katanya, kenyataan itu dibuat kerana terdapat khabar bahawa pihak keluarganya yang membuat permohonan pertukaran dan juga terdapat pihak yang mula membuat andaian berbaur politik yang tidak sihat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |