BERITA SEMASA

Keluarga Hadi Awang kecewa Menteri Kesihatan lawat tidak ikut SOP, sebar gambar

KUALA LUMPUR – Keluarga kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang meluahkan rasa kecewa terhadap kehadiran Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika melawat Presiden PAS itu di Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa lawatan tersebut tidak menghormati privasi keluarga dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) lawatan hospital.

Beliau berkata, pihak keluarga turut kesal dengan penyebaran gambar lawatan tersebut yang dimuat naik di media sosial tanpa sebarang kebenaran.

“Mewakili pihak keluarga, kami menyatakan rasa kecewa terhadap sikap Menteri Kesihatan yang tidak menghormati privasi dan SOP lawatan hospital ketika menziarahi Tuan Guru (Abdul Hadi) di Wad Unit Rawatan Jantung (CCU), IJN.

“Malah, penyebaran gambar Abdul Hadi tanpa keizinan keluarga yang dimuat naik di Facebook rasmi Menteri Kesihatan untuk tatapan umum adalah tidak wajar dan sangat tidak beretika.

“Sikap tidak profesional ini amat kami kesali,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, Dzulkefly dalam hantaran di platform X memaklumkan bahawa keadaan Abdul Hadi yang sedang menerima rawatan di IJN berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkongsi keadaan Abdul Hadi tersebut selepas menziarahinya di pusat perubatan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button