Berita Semasa

Keluar kenyataan libatkan MKI, 2 individu disiasat polis

KUALA LUMPUR – Polis membuka dua kertas siasatan terhadap dua individu yang membuat kenyataan berkaitan isu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes tersebut masih dalam siasatan.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi sehingga mengganggu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutamanya melibatkan aspek keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, yang ditubuhkan awal bulan lalu.

Kenyataan itu telah mengundang kecaman pelbagai pihak yang mengecam campur tangan bukan Islam terhadap hal ehwal Islam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button