
Kejohanan Badminton Asia: Gandingan Izzuddin-Sze Fei, Aaron Chia-Wooi Yik pastikan Malaysia ada wakil di pentas akhir
NINGBO – Malaysia mencipta sensasi berjaya menempah slot di pentas akhir selepas gandingan Goh Sze Fei- Nur Izzuddin dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berentap di separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC).
Rentak cemerlang kedua-dua beregu negara diteruskan selepas kedua-dua mereka berjaya menundukkan beregu dari China dan Chinese Taipei di suku akhir.
Terbaharu, beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin mencipta kejutan dengan menyingkirkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Chinese Taipei, Lee Yang-Wang Chi Lin, dalam suku akhir Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin menunjukkan kecekalan yang luar biasa selepas kalah set pertama 19-21, bangkit untuk menang di set kedua 21-19, menyamakan kedudukan untuk set penentuan.
Pertarungan sengit berlaku dalam set terakhir, kedua-dua pasangan menunjukkan keunggulan, tetapi ketenangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin ketika mata penting menyaksikan mereka menewaskan Lee Yang-Wang Chi Lin dengan keputusan 21-19.
Kemenangan itu akan menyaksikan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin berhadapan dengan rakan senegaranya, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam pertarungan separuh akhir untuk ke perlawanan akhir BAC esok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






