BERITA SEMASA

Kejadian tanah mendap, jalan Gua Musang-Jeli di KM 35 ditutup

GUA MUSANG – Jalan Gua Musang-Jeli di Kilometer 35 berdekatan Kampung Jerek menuju ke Jelawang ditutup berikutan kejadian mendapan tanah sepanjang 15 meter, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, permukaan jalan terbabit kelihatan melengkung dan semakin menurun, disyaki akibat pergerakan air bawah tanah.

“Pemantauan dan penilaian dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada malam tadi dan jalan ditutup untuk semua kenderaan.

“Kami risau ada pergerakan air bawah tanah dan sedang menunggu penilaian oleh pihak JKR sama ada jalan itu selamat digunakan atau sebaliknya,” katanya, malam tadi.

Choon Foo berkata, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Jelawang-Sungai Sam untuk ke Gua Musang.

“Berdasarkan laporan daripada JKR daerah, mendapan tanah dikesan seawal 10 pagi semalam, namun jalan masih boleh dilalui dan dibuka kepada semua kenderaan.

“Pihak terbabit membuat tindakan awal dengan meletakkan kon penghalang dan papan tanda sebagai peringatan tanah runtuh untuk makluman kepada pengguna jalan raya,” katanya lagi.

Tambahnya, anggota penyelamat dan JKR akan melakukan pemantauan secara berterusan untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button