
Kebocoran bumbung Axiata Arena: PSM mohon maaf
KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada penganjur dan peminat sukan badminton berikutan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena semalam yang menyebabkan perlawanan Badminton Terbuka Malaysia terganggu seketika.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil berkata, kebocoran titisan air hujan yang terkena gelanggang itu berlaku susulan kerja penggantian bumbung lama kepada bumbung baharu.
“Kerja penggantian bumbung telah dilakukan bermula pada pertengahan 2024 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama kontraktor yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan kontraktor menjalankan kerja-kerja pembaikan semula pada pukul 4.30 petang semalam dan gelanggang berjaya digunakan semula pada pukul 8.00 malam.
“Usaha tambahan turut dilakukan pada sebelah malam untuk memastikan insiden serupa tidak berulang sepanjang kejohanan berlangsung,” katanya lagi.
Katanya, PSM turut menempatkan lebih 10 kakitangan untuk memantau keadaan bumbung sepanjang kejohanan berlangsung.
Ilyas turut berkata, kerjasama dengan JKR dan kontraktor diteruskan untuk menyelesaikan isu itu dengan segera.
Sebelum ini, PSM dalam mesyuarat pada 30 Disember lalu telah mengarahkan pihak kontraktor memberi jaminan bahawa stadium itu berada dalam keadaan baik supaya tidak mengganggu acara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






