Berita Semasa

Kebakaran Putra Heights: Kerugian harta benda dianggar bernilai RM65.4 juta – MB

SUBANG JAYA – Jumlah nilai kerugian dan kerosakan kediaman yang terlibat dalam kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada minggu lalu dianggarkan sebanyak RM65.4 juta.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah tersebut adalah berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pasukan teknikal yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).

Amirudin berkata, pihak JBPM telah mengenal pasti sebanyak 437 rumah sebagai jumlah akhir rumah yang terjejas dalam kejadian kebakaran itu.

“Bagi anggaran nilai yang telah diselamatkan atas usaha agensi yang pantas ke lokasi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta tindakan proaktif pula dianggarkan sebanyak RM285.9 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sebanyak 437 rumah telah dikenal pasti terkesan sebagai angka muktamad setelah pasukan teknikal turun dari rumah ke rumah dan melaksanakan proses pemeriksaan terhadap struktur dan kerosakan

“Kesemua rumah ini diperincikan ke dalam tiga kategori, iaitu musnah sepenuhnya (kebakaran struktur melebihi 40 peratus), separa penuh (kebakaran kurang daripada 40 peratus) dan terkesan tetapi tidak terbakar struktur,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata, hari ini, seramai 28 orang pelajar yang menetap di PPS telah diberikan pengangkutan secara percuma dari PPS ke sembilan buah sekolah.

Jelas beliau, inisiatif itu mendapat kerjasama kenderaan Prasarana Sdn. Bhd. yang diselaraskan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta pasukan sukarelawan.

Selain itu, pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga akan memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada 265 pelajar bagi membolehkan mereka membeli keperluan asas yang termusnah akibat kebakaran.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri juga akan memulakan usaha sokongan moral seperti kaunseling khusus kepada pelajar-pelajar yang terkesan trauma akibat mengharungi tragedi kejadian kebakaran tempoh hari,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button