
Kebakaran Putra Heights: 265 pelajar terima RM500 daripada Kerajaan Selangor
SUBANG JAYA – Seramai 265 pelajar yang merupakan mangsa tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights di sini menerima bantuan tunai sebanyak RM500 daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan sebanyak RM132,500 telah diagihkan kepada semula pelajar secara terus atau melalui ibu bapa oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua iaitu MBI dan kementerian-kementerian yang terlibat dalam sumbangan ini,” kata Amirudin dalam satu sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Kementerian Digital juga turut menyumbang sebanyak 100 tablet dan powerbank, serta 75 laptop kepada 38 pelajar sekolah dan 37 mahasiswa.
“Baki unit laptop akan diserahkan kepada pelajar dalam masa terdekat,” katanya sambil menambah 37 mahasiswa juga diberikan baucar buku bernilai RM200 bagi menggantian buku-buku yang terkesan dalam kebakaran.
Dalam sidang media sama, Amirudin berkata, seramai 87 keluarga telah mendaftar dengan pilihan rumah yang telah ditawarkan kepada kerajaan negeri seperti rumah sewa dan inap desa.
Beliau berkata, baki 16 keluarga masih belum mendaftar kerana sedikit masa untuk mencari lokasi yang berdekatan dengan tempat kerja serta sekolah bagi anak-anak mereka.
“Saya menggalakkan keluarga yang belum untuk mendaftar dalam masa yang terdekat kerana lebih selesa untuk menduduki rumah sewa dan inap desa yang ditawarkan percuma selama sebulan sementara perumahan yang lebih kekal dapat dikenal pasti oleh para penduduk,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |