
Kebakaran Putra Heights: 130 unit rumah selamat, penghuni dibenarkan pulang – MB Selangor
SUBANG JAYA – Sebanyak 130 unit rumah yang terbabit dengan tragedi letupan paip gas di Putra Heights disahkan selamat dan penghuni dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, 130 unit rumah daripada keseluruhan 235 yang dikenal pasti di itu adalah bagi kawasan Taman Putra Harmoni.
Walau bagaimanapun, penghuni di Kampung Sungai Baru belum boleh dibenarkan pulang memandangkan keadaan masih belum selamat berdasarkan laporan pihak bomba dan jabatan berkaitan.
“Penduduk daripada 130 unit rumah daripada jumlah keseluruhan 235 rumah telah dibenarkan pulang secara berfasa selepas ditentukan selamat oleh pihak teknikal telah disambung perkhidmatan utiliti seperti air dan elektrik.
“Justeru, saya mengingatkan penduduk yang belum mendapat kebenaran untuk pulang, saya harapkan mereka tidak pulang ke rumah masing masing kerana tiada jaminan keselamatan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Amirudin menambah, disebabkan terdapat mangsa yang masih belum pulang dari kampung kerana cuti Aidilfitri, beliau menggesa supaya mereka mendaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.
“Sama ada anda ingin menduduki Pusat Pemindahan Sementara ataupun ingin mengusahakan perumahan sendiri bersama saudara ataupun kawan, yang penting buat masa ini adalah mendaftar dengan PPS supaya tiada sesiapa yang tercicir daripada bantuan yang akan
disampaikan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Amirudin memaklumkan, keluasan kawasan yang terkesan akibat kebakaran telah diluaskan dari radius 290 meter kepada 325 meter yang meliputi dua kawasan utama, iaitu Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru.
“Kawasan yang digazetkan ini akan menjadi garis ukur bagi usaha bantuan, pemurnian data penduduk serta analisa kos bencana,” ujarnya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |