Berita SemasaDalam Negeri

Kebakaran paip gas : Pasukan doktor veterinar sedia klinik bergerak

SUBANG JAYA – Sekurang-kurangnya 10 ekor kucing dan tiga ekor anjing yang terkesan dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights di sini telah menerima rawatan di klinik haiwan bergerak yang disediakan.

Klinik bergerak yang beroperasi tidak jauh dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) itu dikendalikan oleh beberapa doktor veterinar dari daerah ini.

Salah seorang daripada doktor veterinar yang dikenali sebagai Izreen Adriana berkata, pihaknya menawarkan rawatan dan pemeriksaan untuk haiwan yang mengalami kecederaan atau terdedah kepada bahang panas semasa kejadian.

“Setakat ini, sebanyak 10 ekor kucing dan tiga ekor anjing telah menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami.

“Salah seekor kucing mengalami kecederaan serius di bahagian tapak kaki, namun keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui Malaysia Tribune hari ini.

Beliau berkata, semua haiwan yang dihantar ke klinik yang beroperasi antara pukul 9 pagi sehingga 5 petang itu akan mendapat rawatan sewajarnya bagi memastikan pemulihan yang optimum.

“Kami mempelawa orang ramai yang terlibat dalam insiden ini supaya datang mendapatkan rawatan dalam tempoh terdekat.

“Kami akan terus memantau keadaan haiwan-haiwan ini dan menyediakan rawatan yang diperlukan bagi memastikan kesejahteraan mereka,” katanya.

Selain itu, pasukan doktor veterinar yang terlibat juga menyeru mana-mana individu yang menemui haiwan cedera akibat kejadian tersebut supaya segera melaporkan kepada klinik veterinar berdekatan.

“Bantuan orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat dihargai bagi memastikan setiap haiwan yang terjejas mendapat rawatan sewajarnya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button