Berita SemasaLuar Negara

Kebakaran besar gegar Paris, 200 anggota bomba dikerah

PARIS – Satu kebakaran besar memusnahkan sebuah loji kitar semula di utara bandar ini menyebabkan kepulan asap dapat dilihat dari seluruh ibu kota Perancis malam tadi.

Menurut Briged Bomba Paris, seramai 200 anggota bomba dan 60 jentera dikerahkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran dan mengawal laluan keluar masuk ke kawasan itu.

Datuk Bandar, Geoffrey Boulard, memaklumkan kepada saluran berita BFMTV bahawa bangunan pusat kitar semula antara yang terbesar di negara itu musnah sepenuhnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kesemua kakitangan di dalam premis berjaya diselamatkan sebelum struktur bangunan terbakar.

“Anggota bomba tiba dengan pantas namun kebakaran bermula di bahagian bawah tanah sebelum merebak ke seluruh bangunan.

“Bangunan tersebut terletak berhampiran dengan kompleks mahkamah utama Paris,” katanya.

Kebakaran itu juga menyebabkan sebahagian daripada lebuh raya utama yang mengelilingi Paris terpaksa ditutup sementara oleh pihak berkuasa.

Loji kitar semula Syctom yang mula beroperasi pada tahun 2019 berupaya menguruskan sisa buangan domestik hampir sejuta penduduk Paris.

Menurut bomba, punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada laporan kecederaan dilaporkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button