Kebakaran asrama SMK Tinggi Setapak: KPM beri jaminan bantuan disalurkan segera
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan bantuan segera akan disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, di sini susulan insiden kebakaran membabitkan sebuah blok bangunan asrama sekolah itu semalam.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tumpuan pada ketika ini adalah untuk memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan.
“Saya telah mendapat perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak.
“Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua yang terlibat terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.
Dalam kejadian semalam, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan 91 pelajar lelaki terbakar pada jam 8.43 malam.
Bagaimanapun, semua pelajar dilaporkan selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk menunggu waktu Isyak.
Komander Operasi Bomba, Japari Tajuddin memaklumkan kebakaran membabitkan tingkat satu bangunan itu mengakibatkan 80 peratus bahagian asrama musnah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






