BERITA SEMASA

Keadaan Ahli Parlimen Pulai semakin stabil, masih dalam pemantauan doktor

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, kini dalam keadaan stabil setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di sini malam tadi, selepas paras oksigennya menurun akibat jangkitan kuman.

Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, Suhaizan berada dalam keadaan sedar namun masih memerlukan pemantauan berterusan.

“Memang benar, Suhaizan dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu akibat jangkitan pada usus dan paras darah putih yang tinggi menyebabkan paras oksigennya rendah.

“Alhamdulilah, Suhaizan stabil, cuma malam tadi dia demam dengan suhu tinggi dan paras oksigen menurun.

“Pagi ini keadaannya stabil dan sedar, namun masih dalam pemantauan doktor di ICU,” katanya, hari ini.

Terdahulu, pembantu Suhaizan memaklumkan, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Lawatan dan ziarah tidak dibuka kepada orang luar selagi di ICU. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Suhaizan segera sembuh,” katanya.

Suhaizan yang juga Naib Pengerusi AMANAH Johor, memenangi kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, 9 September 2023.

PRK Pulai diadakan susulan penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden AMANAH, meninggal dunia pada 23 Julai 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button