BERITA SEMASA

KDN nafi anggotanya buat kunjungan rumah ke rumah

Video lama ditularkan kembali

PUTRAJAYA – Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan anggotanya melakukan kunjungan ke rumah orang ramai bagi melakukan kerja-kerja persediaan bancian seperti mengambil gambar, mengambil cap ibu jari, meminta maklumat peribadi dan sebagainya.

KDN dalam satu kenyataan hari ini berkata, video yang ditularkan menerusi media sosial baru-baru ini merupakan satu video lama.

“KDN ingin menafikan bahawa individu dalam video tersebut merupakan pegawai daripada KDN mahupun daripada mana-mana jabatan atau agensi KDN.

“Kegiatan individu tersebut merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan berniat jahat serta merupakan suatu bentuk jenayah terancang dengan modus operandi untuk memperdayakan masyarakat luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, pihak KDN meminta orang ramai tidak terpengaruh serta segera melaporkan aktiviti sedemikian, jika ada, kepada pihak polis.

“Pengguna media sosial turut dinasihati supaya sentiasa beretika dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial.

“Pastikan kesahihan sesuatu hantaran dan berita (diterima) sebelum dikongsikan kepada pengguna lain di samping sentiasa mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia yang sedang berkuat kuasa,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button