BERITA SEMASA

KDN dalam proses lanjutkan Program Repatriasi Migran

KULIM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam proses melanjutkan Program Repatriasi Migran yang dijadualkan tamat pada 31 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasuition Ismail berkata, program yang dilaksanakan menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal dengan hanya membayar kompaun.

PATI yang mengikuti program ini tidak akan dikenakan tindakan berat termasuk pendakwaan dan penahanan di depoh Imigresen, lapor Buletin TV3.

“Tahun lalu, kerajaan mengutip RM120 juta melalui program ini. Ini kerana mereka yang menyertai program perlu membayar kompaun atas kesalahan Imigresen seperti masuk tanpa dokumen, salah guna pas, atau tinggal lebih masa.

“Jika warga asing yang melanggar undang-undang ditahan dalam operasi Imigresen, mereka akan berdepan siasatan dan pendakwaan di mahkamah.

“Namun, melalui program repatriasi ini, mereka boleh menyerah diri, membayar kompaun, dan pulang tanpa dikenakan tindakan lanjut,” katanya.

Saifuddin Nasuiton berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Kampung Permatang Tok Dik, di sini malam tadi.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini, KDN sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara (AG) bagi mendapatkan persetujuan supaya kesalahan berkaitan imigresen boleh diselesaikan melalui pembayaran kompaun dan bukan pendakwaan di mahkamah.

Langkah ini sebagai sebagai alternatif lebih manusiawi, terutama bagi membolehkan migran pulang sebelum Aidilfitri.

“Sekarang kita dalam proses mendapatkan pengecualian daripada Jabatan Peguam Negara supaya kes-kes ini tidak berakhir dengan pendakwaan.

“Selepas selesai, kita akan umumkan keputusan mengenai lanjutan program ini, katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button