
KBS salur peruntukan RM30,000 perkasa sukan OKU
SHAH ALAM – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menyokong inisiatif memperkasa sukan orang kurang upaya (OKU) dengan menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM30,000.
Peruntukan tersebut diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika meninjau kem “Malaysian Amputee Football Junior and Women” yang berlangsung di EV Arena Elmina, di sini semalam.
Berita itu turut dikongsikan beliau melalui hantaran di laman Facebook rasminya.
Menurut Hannah Yeoh, kem yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Amputee Malaysia (MAFA) itu turut disertai oleh Muhammad Aqil Naufal Zahiran, seorang atlet muda yang tular dua tahun lalu selepas berjaya menamatkan larian 100 meter (m) menggunakan tongkat.
“Saya menyokong penuh inisiatif seperti ini dan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk memperkasakan lagi program-program seperti ini.
“Namun, saya juga menyeru lebih ramai OKU khususnya wanita agar tampil menyertai aktiviti sukan seperti ini,” katanya.
Beliau turut menekankan peruntukan itu selaras dengan prinsip “No One Is Left Behind” yang dipegang KBS dengan memberikan keutamaan kepada penglibatan aktif OKU dalam bidang sukan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |