Berita Semasa

KBS peruntuk RM382,862 naik taraf litar Motorcross di Perlis

KANGAR – Projek menaik taraf litar Motorcross Sungai Batu Pahat, di sini kini diserahkan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, projek berkenaan dianggarkan bernilai sebanyak RM382,862.

“Semoga ia akan memberi manfaat kepada golongan belia di Perlis dan memberi tambahan satu lagi lokasi untuk mereka melakukan aktiviti rekreasi.

“Dengan adanya penambahbaikan ini, MSN Perlis harus menganjurkan lebih banyak kejohanan motorcross untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkesempatan menghadiri majlis penyerahan projek naik taraf litar Motorcross Sungai Batu Pahat, Kangar kepada MSN Perlis itu.

Katanya lagi, projek tersebut mencerminkan hasrat Kerajaan Madani untuk memberi akses kepada fasiliti sukan dan memperkasakan pembangunan bakat belia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button