AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASA

KBS perkasa pengajar TVET melalui teknologi AI

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus memperkasakan tenaga pengajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam sistem pembelajaran moden.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, usaha itu selari dengan keperluan semasa untuk memastikan pendidik TVET celik teknologi serta mampu menyesuaikan diri dengan landskap industri yang semakin berkembang.KBS perkasa pengajar TVET melalui teknologi AI

“Teknologi AI bukan lagi pilihan, ia kini satu keperluan asas.

“Malaysia memerlukan pendidik yang bukan sahaja berkemahiran teknikal tetapi juga mampu menggunakan teknologi untuk membentuk generasi muda yang progresif, berdikari dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya ketika hadir menyaksikan pelaksanaan Program Microsoft AI For My Future yang berlangsung di Menara KBS di sini, hari ini.

Program anjuran bersama KBS dengan Biji-biji Initiative dan Mereka Academy itu berlangsung selama dua hari bermula 17 Jun lalu dan menyasarkan untuk mendedahkan para pengajar kepada penggunaan teknologi AI secara praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran.

Latihan yang dijalankan secara hibrid itu melibatkan 147 tenaga pengajar dari enam Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) iaitu IKTBN Bachok, IKTBN Temerloh, IKBN Pekan, IKBN Tanah Merah, IKBN Kemasik dan IKBN Wakaf Tapai.KBS perkasa pengajar TVET melalui teknologi AI

Setakat ini, seramai 287 pengajar ILKBS telah menerima manfaat daripada siri latihan AI terdahulu dan KBS menyasarkan sekurang-kurangnya 500 pengajar menerima latihan tersebut menjelang akhir tahun 2025.

Hannah berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada komitmen kementerian dalam memastikan tenaga pengajar kekal relevan dan memenuhi keperluan industri, selain mendokong nilai teras Daya Cipta dan Keyakinan dalam kerangka Malaysia MADANI.KBS perkasa pengajar TVET melalui teknologi AI

Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Pengarah Kemahiran KBS, Dalila Sharingat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button