
KBS lulus insentif khas pasukan sepak takraw negara
PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan insentif khas bagi pasukan sepak takraw negara kendalian Ahmad Jais Baharun.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, acara regu dan doubles bakal menerima RM 60,000 sepasukan selepas mempamirkan aksi luar biasa di ISTAF sepak takraw worldcup baru-baru ini.

“Mereka sememangnya layak menerima ganjaran ini atas usaha mengharumkan nama negara melalui insentif khas yang akan diumumkan oleh MSN,” katanya di sini hari ini
Dengan pencapaian yang membanggakan tersebut, Hannah tidak menafikan pihak KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN), dalam perbincangan untuk memutuskan tindakan drastik dalam program pembangunan sukan.
Hannah berkata rombakan mungkin berlaku andai sukan yang berada dalam program pembangunan seperti bola jaring, rugbi, hoki dan bola sepak berada di prestasi mendatar.
“Kita sedang mengkaji mengenai pembangunan sukan akar umbi untuk melihat samaada sepak takraw akan dimasukkan ke dalam program tersebut atau tidak selepas persembahan memukau di Piala Dunia ISTAF, baru-baru ini,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








