BERITA SEMASA

KBS angkat Kampung Sungai Lui sebagai Kampung Angkat MADANI

HULU LANGAT – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memilih Kampung Sungai Lui, Batu 20 sebagai Kampung Angkat MADANI kementerian itu bagi tahun ini dalam usaha memperkasa komuniti luar bandar.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Belia dan Sukan (KBS) Chan Hong Jin, menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI KBS 2025 di Kampung Batu 20, Sungai Lui, Hulu Langat hari ini
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Belia dan Sukan (KBS) Chan Hong Jin, menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI KBS 2025 di Kampung Batu 20, Sungai Lui, Hulu Langat hari ini

KBS berkata, pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) itu merupakan langkah proaktif dan strategik bagi menterjemahkan seruan Perdana Menteri supaya pembangunan kawasan desa diberi perhatian serius demi kesejahteraan rakyat.

“Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Majlis Belia Daerah Hulu Langat serta persatuan belia dan komuniti setempat.

“Antara tumpuan utama program ini ialah pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan infrastruktur kampung bagi memastikan kemudahan awam yang lebih selesa dan selamat kepada penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara projek fizikal yang dilaksanakan termasuk menaik taraf gelanggang serbaguna, kerja menurap jalan serta tempat letak kenderaan di masjid, penaiktarafan pusat komuniti, baik pulih gelanggang silat berbumbung dan dewan serbaguna, selain pembaikan gelanggang futsal serta bola jaring.Turut hadir Encik Haji Abdullah Hasan Timbalan Ketua Setiausa (Pengurusan) KBS Puan Azura Hj Sabrin Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Encik Mohd Ramdan Kamso Ketua Kampung Batu 20, Kg Sg Lui, Hulu Langat

Related Articles

Selain aspek fizikal, KBS turut memberi penekanan terhadap pembangunan belia dan sukan melalui pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi, antaranya program keusahawanan belia, sukan komuniti, aktiviti kesukarelawanan, latihan asas kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), klinik sukan, aktiviti seni dan muzik serta inisiatif Rakan Muda.

Turut hadir Encik Haji Abdullah Hasan Timbalan Ketua Setiausa (Pengurusan) KBS Puan Azura Hj Sabrin Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Encik Mohd Ramdan Kamso Ketua Kampung Batu 20, Kg Sg Lui, Hulu Langat

KBS yakin Program Kampung Angkat MADANI itu mampu memberi impak positif dan berpanjangan kepada komuniti Kampung Sungai Lui, khususnya dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik serta membuka peluang pembangunan belia secara menyeluruh.

KBS berharap komuniti setempat dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan program yang disediakan serta terus bekerjasama bagi memastikan kesinambungan projek berkenaan.

“Dengan sokongan berterusan semua pihak, KBS yakin Kampung Sungai Lui mampu berkembang sebagai komuniti yang progresif, mampan dan sejahtera, selari dengan aspirasi kerajaan MADANI,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button