Kawal selia media sosial demi persekitaran maya lebih selamat -PM
TAMBUN – Peraturan kawal selia media sosial dan perkhidmatan pemesejan Internet yang akan diperkenalkan kerajaan bertujuan mengatasi penyebaran jenayah dan maklumat berbahaya, sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun pelaksanaannya dilihat sebagai satu langkah yang tidak popular, ia perlu demi kesejahteraan masyarakat.
“Marcapada dan kecanggihan teknologi menuntut mana-mana pihak khususnya warga maya untuk meletakkan ketertiban tinggi tanpa menimbulkan sensitiviti hingga menggugat keamanan dan ketenteraman ketika menggunakan mana-mana platform media sosial yang ada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebooknya selepas menghadiri Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun petang semalam.
Anwar berkata demikian susulan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai kerangka baharu kawal selia media sosial dan pesanan Internet bermula 1 Ogos ini.
Kerajaan melalui Menteri Komunikasi. Fahmi Fadzil sebelum ini menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes penyalahgunaan platform media sosial di negara ini.
Bagi mengatasi masalah itu, beliau mengarahkan MCMC mengambil tindakan segera dan tegas termasuk kepada pengendali platform.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






