
Kastam Kelantan rampas 7.1 tan karkas babi
KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 7.1 tan karkas babi dipercayai diseludup dari negara jiran dengan nilai anggaran RM106,500 di Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, pada Rabu lalu.
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, karkas babi yang tidak mematuhi peraturan import dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) itu ditahan dari sebuah treler kontena oleh Pasukan Marin JKDM Penguatkuasaan Pengkalan Kubor.
“Modus operandi ialah membawa masuk karkas itu dari negara jiran melalui pangkalan haram. Mereka (penyeludup) juga menggunakan pelbagai jenis kenderaan sama ada lori atau treler,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, karkas babi diklasifikasikan sebagai barang larangan import bersyarat yang tertakluk di bawah Butiran 1(1) Bahagian I, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan memerlukan permit daripada pihak MAQIS untuk tujuan pengimportan.
“Rampasan barang seludup itu melibatkan cukai dianggar RM42,600 manakala treler beserta kontena dianggar RM500,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |