BERITA SEMASADALAM NEGERI

Karnival Liga Sukan UNITI buka peluang pasukan sosial rasai pertandingan ‘profesional’

BANGI – Penganjuran Karnival Liga Sukan UNITI turut membuka ruang bagi pasukan sosial merasai suasana pertandingan yang diuruskan secara profesional.

Menurut wakil pasukan bola jaring Wildtigers, Nur Salwahidah Johan, pengalaman sebegini amat bermakna kerana ia memberi peluang kepada mereka merasai suasana pertandingan.

“Bagi pasukan sosial seperti kami, pengalaman ini amat bermakna, merasai sendiri suasana pertandingan,” kata Nur Salwahidah yang lebih mesra dikenali sebagai Wawa.

Jelas Wawa, pasukannya yang baharu ditubuhkan, terdiri daripada golongan ibu dan wanita berkerjaya dari serata Lembah Klang dan menjadikan bola jaring sebagai pengikat antara mereka.

“Kami semua mempunyai minat yang sama, iaitu bola jaring, dan permainan ini menjadi ikatan antara kami.

“Latar belakang kami semua tidak sama, tetapi kesamaan kami adalah minat pada sukan ini,” katanya lagi.

Berlangsung hingga esok, karnival dua hari yang berlangsung di Uptown Sports, di sini, dimeriahkan dengan acara badminton, bola jaring dan futsal.

Karnival yang masuk tahun ketiga penganjurannya ini menjadikan sukan sebagai wadah perpaduan antara kaum di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button