
Kapten Burnley FC nafi ada kaitan dengan Malaysia
KUALA LUMPUR- Ketua pasukan kelab bola sepak Burnley, Josh Brownhill menafikan khabar angin berhubung kewarganegaraannya, yang dikaitkan dengan Malaysia.
Pemain tengah berusia 29 tahun yang telah menjadi pemain utama Burnley sejak 2020 itu menjelaskan bahawa beliau berbangsa Inggeris.
“Sekadar mahu menangani situasi mengenai beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris dan saya bukan rakyat Malaysia seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang.
“Saya tidak pasti bagaimana semua khabar ini bermula, tetapi saya perlu buat penjelasan, bagaimanapun saya ucapkan terima kasih terhadap sokongan semua pihak, terima kasih,” katanya dalam kenyataan di Instagram miliknya hari ini.
Kenyataan Brownhill susulan beberapa peminat tersalah anggap dan menyangka beliau mempunyai hubungan dengan Malaysia, yang membawa kepada spekulasi beliau mungkin layak bermain untuk skuad Harimau Malaya.
Walau bagaimanapun, dalam kenyataan yang sama, bekas pemain Bristol City FC itu mengucapkan terima kasih terhadap sokongan berterusan peminat.
Terdahulu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail yang terkenal dengan pengaruhnya dalam arena bola sepak tempatan, berkongsi perbualan dengan pemian bola sepak itu menerusi pesanan langsung Instagram, meminta Brownhill membuat penjelasan berhubung perkara itu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |