BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Kapal kargo kontena terbesar dunia berlabuh di Northport

KLANG – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) meraikan detik bersejarah apabila menjadi persinggahan kapal kargo terbesar dunia, MV OOCL Japan pada Isnin lalu.

Kapal kontena dimiliki oleh Orient Overseas Container Line (OOCL) Limited itu mempunyai kapasiti sebanyak 21,413 unit bersamaan 20 kaki (TEU).

MV OOCL Japan yang dibina pada 2017 itu kini berlayar di bawah bendera Hong Kong.

Ia memilki kecekapan bahan api yang dipertingkat dan reka bentuk mesra alam, dengan pengurangan pelepasan karbon yang signifikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, detik bersejarah itu menjadi bukti keupayaan Northport mengendalikan kapal-kapal kontena bersaiz ultra besar dan mencerminkan komitmen pihaknya terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan dalam sektor logistik maritim.

“Kami amat berbangga menerima singgahan kapal MV OOCL Japan di Northport. Pencapaian bersejarah ini adalah hasil daripada usaha berterusan kami dalam meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Reinventing Northport’, bagi memastikan pelabuhan berusia 61 tahun ini kekal relevan dan berdaya saing.

“Keupayaan untuk menjadi persinggahan kapal sebesar ini adalah bukti keupayaan dan kesediaan Northport untuk mengendalikan permintaan perdagangan maritim antarabangsa yang terus berkembang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button