
Kanak-kanak kritikal akibat letupan mercun bola masih belum sedarkan diri
ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak tujuh tahun yang parah akibat letupan mercun bola kelmarin, masih dalam keadaan kritikal meskipun selesai menjalani pembedahan buat kali kedua malam tadi.
Menurut datuk mangsa, Mohd Noor Abdullah, 60, kanak-kanak itu, Muhammad Zharif Daniel Norsyuwari Hariz masih belum sedarkan diri dan sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), lapor Buletin TV3.
Dalam kejadian kelmarin, adik mangsa yang berusia empat tahun, Muhammad Aiman Naufal turut cedera akibat bermain mercun bola di halaman rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang.
Kejadian itu menyebabkan Muhammad Zharif cedera teruk selepas semua jarinya hingga pergelangan tangan kiri hancur, selain bawah pipi kanan terkoyak.
Adiknya pula cedera dan melecur pada beberapa bahagian badan dan muka susulan kejadian.
Mengulas mengenai pembedahan malam tadi, Mohd Noor berkata, ia membabitkan bahagian badan Muhammad Zharif yang melecur.
Katanya, sehingga kini dia tidak dapat masuk untuk melihat keadaan cucunya itu dan hanya menunggu di luar bilik pembedahan serta wad PICU.
“Saya masih tak dapat tengok Zharif sampai sekarang tetapi harap semuanya selamat dan dia cepat sedar.
“Si adik, Muhammad Aiman pula tidak teruk sangat dan kalau keadaannya baik, Insya-Allah mungkin petang ni boleh keluar wad,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |