
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 30 pangsapuri Bukit Jalil
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah unit pangsapuri di Jalan Jalil Impian 1, Bukit Jalil, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada pukul 11.17 pagi.
“Pemaklum kejadian memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak telah terjatuh dari sebuah bangunan di kawasan perumahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni kediaman berkenaan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk tindakan lanjut.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan proses bedah siasat dijadualkan dijalankan hari ini,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |