BERITA SEMASA

Kanak-kanak 10 tahun tercekik ‘gummy’ meninggal dunia

GEORGETOWN – Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dirawat akibat tercekik gula-gula kenyal atau ‘gummy’ di sini, meninggal dunia malam tadi.

Pemergian Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin dimaklumkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, sebentar tadi, lapor HM Online.

“Fahmi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang pada pukul 11 malam tadi,” katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut, Allahyarham rebah di Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin.

Difahamkan, Allahyarham seperti tersedak sebelum mahu ke tandas.

Ketika berjalan ke tandas, Allahyarham kemudian terjatuh lalu terus tidak sedarkan diri.

Pemeriksaan pasukan perubatan menemukan gula-gula tersebut dalam mulut Allahyarham.

Difahamkan, gula-gula tersebut di beli di luar kawasan sekolahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button