
Kanak-kanak lemas di kolam renang disahkan meninggal dunia
MELAKA — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, yang sebelum ini kritikal akibat lemas di kolam renang sebuah kondominium di sini, disahkan meninggal dunia pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, yang mengesahkan kesahihan poster tular dimuat naik Sekolah Kebangsaan (SK) Rinting 3, Johor berhubung pemergian anaknya, Ahmad Firdaus Iqbal.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, jenazah mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu telah diserahkan kepada waris pada pukul 12.05 tengah hari untuk urusan pengebumian.
“Waris membawa pulang jenazah ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, di sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


