Kakitangan KKM maut ketika mendaki di Bukit Larut
TAIPING – Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan meninggal dunia ketika menyertai aktiviti pendakian di Bukit Larut, pagi tadi.

Menurut sumber, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mangsa dipercayai terjatuh semasa mendaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Setakat ini, kami sahkan seorang kakitangan KKM telah meninggal dunia.
“Operasi membawa keluar mangsa masih sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat,” katanya lagi.
Difahamkan, kumpulan pendaki yang terlibat terdiri daripada kira-kira 100 orang kakitangan KKM dari kawasan Matang dan Selama.
Namun, tiada sebarang pemakluman rasmi dibuat kepada pihak berkuasa berkaitan sebelum aktiviti pendakian dijalankan.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut, termasuk aspek pematuhan prosedur keselamatan dalam aktiviti pendakian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






