Kaitan kejadian cekik adik sehingga maut dengan kes buli perlu diteliti secara terperinci
MELAKA – Tindakan seorang remaja yang mencekik sehingga mati adik kandung sendiri di Kampung Bukit Piatu di sini tidak boleh dikaitkan sebagai berpunca daripada kejadian buli yang dialaminya di sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, justifikasi terhadap kejadian itu memerlukan siasatan menyeluruh dan terperinci melibatkan pelbagai pihak.
Katanya, pihaknya sedang mengumpul segala maklumat berkaitan perkara itu dari pelbagai agensi terlibat untuk mengkaji kaitannya.
“Bukan mudah untuk kita kaitkan kejadian yang berlaku itu dengan kes buli di sekolah, sebab itu kita tengah buat siasatan untuk kumpul maklumat, bukan sahaja di peringkat siasatan polis tetapi jabatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang pengetua sebuah sekolah Arab di Alor Gajah dekat sini telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kejadian buli oleh suspek berusia 14 tahun itu.
Ayah suspek, Najli Yakob, 42, ketika ditemui pemberita hari ini mempercayai tindakan anak sulungnya itu mempunyai kaitan dengan perlakuan buli pelajar seniur yang dialami anaknya di asrama.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak menganggap masalah itu terlalu teruk sehinggalah anaknya itu mengalami trauma apabila pulang ke rumah beberapa bulan lalu menyebabkan beliau membuat laporan polis.
Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun maut selepas dicekik abang kandungnya sendiri ketika ditinggalkan bersendirian di rumah.
Kejadian itu disedari ibu mereka melalui siaran kamera litar tertutup (CCTV) yang dilihat melalui telefon bimbitnya.
Usaha ibu mangsa meminta bantuan jiran untuk menyelamatkan keadaan bagaimanapun tidak kesampaian kerana mangsa didapati sudah meninggal dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








