BERITA SEMASA

KAI sahkan Malaysia beli 18 pesawat FA-50

CYBERJAYA – Korean Aerospace Industries (KAI) mengumumkan pihaknya telah memenangi kontrak membekalkan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50, hari ini.

Laporan portal ChosunBiz menyebut, kontrak tersebut bernilai 1.2 trillion won (RM4.08bil) dengan penghantaran pertama dijangka pada tahun 2026.

Majlis menandatangani Surat Setuju Terima (SST) tersebut diadakan di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

KAI diwakili oleh Presidennya, Kang Gu-young, manakala kerajaan Malaysia diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz.

Difahamkan, Malaysia akan dibekalkan dengan model terbaharu pesawat tersebut, Block 20 yang dilengkapi slot persenjataan tambahan dan keupayaan mengisi minyak di udara.

Perolehan ini menjadikan Malaysia sebagai negara keempat mengoperasikan pesawat tersebut di rantau ini selepas Thailand, Indonesia dan Filipina.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button