
Kadar bil air di Pulau Pinang berdepan kenaikan sekali ganda
GEORGE TOWN – Kadar tarif air domestik di Pulau Pinang akan mengalami kenaikan sekali ganda bermula 1 Februari nanti.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pengguna yang menggunakan sehingga 20 meter padu air sebulan akan dikenakan 50 sen setiap meter pada, berbanding kadar terdahulu 22 sen.
Dalam pada itu, pengguna yang menggunakan 20 hingga 35 meter padu air sebulan akan dikenakan RM1.10 setiap meter padu, manakala penggunaan lebih 35 meter padu akan dikenakan RM2 setiap meter padu, berbanding kadar semasa masing-masing 46 dan 68 sen.
Bagaimanapun, Chow menambah, rebat akan diberikan kepada isi rumah kurang berkemampuan melibatkan minimum lapan orang seisi rumah.
Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan berkuat kuasa 1 Februari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |