
Kabinet doakan kesihatan Yang di-Pertuan Agong
PUTRAJAYA – Kabinet mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik ketika baginda menjalani rawatan perubatan di luar negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, doa dipanjatkan agar Seri Paduka Baginda selamat menjalani rawatan dan kembali sihat seperti sediakala.
“Seluruh Kabinet berdoa agar Seri Paduka Baginda dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat menerima rawatan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.
Menurutnya, kerajaan akan memastikan segala urusan rasmi berjalan lancar dan prosedur Perlembagaan akan dipatuhi sepanjang ketiadaan baginda.
Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim telah berlepas ke luar negara dari Pangkalan Udara Subang dengan pesawat khas baginda bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Baginda turut diiringi dua anakanda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj, dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.
Istana Negara turut menyeru rakyat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |