BERITA SEMASA

Kabinet bincang pendekatan bersasar ganti pemberian tol percuma minggu ini

PUTRAJAYA – Pendekatan yang lebih bersasar bagi menggantikan pemberian tol percuma ketika musim perayaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, keputusan menghentikan pemberian tol percuma itu adalah keputusan dasar yang dibuat sebelum ini.

Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan berkata, kerajaan akan menerima pandangan daripada semua pihak dan mengkaji langkah yang tepat untuk diambil seterusnya.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini, apabila sekembalinya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dari lawatan luar negara.

Insya Allah (kita) akan membincangkan perkara ini dan kita tunggu apa hasil perbincangan di peringkat Jemaah Menteri,” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang akhbar selepas menjadi panel pada forum “Mengukuhkan Masa Depan: Memanfaatkan Teknologi 5G untuk Memperkukuh Keselamatan Negara” sempena Sidang Kemuncak Pencegahan Jenayah Siber dan Ekspo (AISSE’25), di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button