Berita SemasaLuar NegaraSukan

Jurulatih England letak jawatan

LONDON – Jurulatih England, Gareth Southgate mengumumkan peletakan jawatannya daripada ‘kerusi panas’ tersebut berkuat kuasa serta merta.

Kontrak Southgate,53, hanya akan tamat pada Disember tahun ini, tetapi beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatan itu lebih awal setelah lapan tahun melatih pasukan kebangsaan England.

“Sebagai seorang Inggeris, saya bangga dapat bermain untuk negara dan juga melatih pasukan kebangsaan. Saya sudah cuba untuk melakukan yang terbaik.

“Namun masanya sudah sampai untuk melakukan perubahan. Perlawanan akhir (Euro 2024) menentang Sepanyol Ahad lalu adalah yang terakhir buat saya selaku pengurus England,” katanya hari ini.

Untuk rekod, England tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut England tewas dalam perlawanan akhir merebut trofi Henri Delaunay.

Dalam edisi sebelum ini, England tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti.

Sepanjang kendalian Southgate, pasukan England tidak berjaya menjulang sebarang kejuaraan besar.

Keputusan terbaik dicapai adalah pada Piala Dunia 2018 di Rusia, apabila England berjaya menamatkan temasya tersebut di tempat ke-4, setelah tewas 0-2 kepada Belgium dalam perlawanan play-off tempat ketiga-keempat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button