BERITA SEMASADALAM NEGERI

Junjung titah Sultan Pahang, pengamal media buat laporan polis hina Nabi Muhammad SAW

BAGAN SERAI – Seorang pengamal media, Wat Kamal Abas, 52, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini, semalam ke atas pemilik akaun Facebook yang juga seorang penulis buku, Ainon Mohd kerana dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap wanita berkenaan.

Menurut beliau, posting yang dimuat naik oleh individu tersebut pada Sabtu (15 Mac) kira-kira pada pukul 5.03 pagi itu jelas mahu membina satu naratif menghina Rasulullah SAW secara halus dalam bentuk penulisan.

“Sebagaimana ucapan titah Sultan Pahang baru-baru ini yang menyatakan bahawa tidak boleh berdiam diri sekiranya agama Islam dihina, maka saya terpanggil untuk membuat laporan polis mengenainya.

“Saya berharap agar pihak polis dapat menangkap dan mendakwanya ke Mahkamah di bawah pertuduhan Seksyen 298A dibawah Enakmen Agama dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan rangkaian secara tidak wajar,” katanya.

Tambah beliau, tindakan ke atas pemilik akaun Facebook itu perlu diambil segera kerana ia mampu mencetuskan kegusaran dan ketidakharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pelaku-pelaku sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika tiada tindakan undang-undang diambil, maka lebih ramai lagi yang mungkin mengambil kesempatan untuk menghina agama Islam pada masa akan datang.

“Saya juga menyeru kepada orang ramai agar membuat laporan polis ke atas mana-mana individu tanpa mengira kaum dan juga kedudukan yang melakukan penghinaan ke atas agama Islam, kepada Nabi SAW dan juga Allah SWT atau apa saja bentuk penghinaan terhadap agama, bangsa dan tanah air,” tegasnya.

Tambahnya, kebanyakan netizen hanya pandai mengeluarkan kecaman namun tidak ramai yang mengunakan saluran tepat untuk membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button