Berita Semasa

Jualan peralatan optik atas talian dilarang serta-merta

KUALA LUMPUR – Penjualan peralatan optik seperti kanta lekap secara dalam talian adalah dilarang berkuat kuasa serta-merta.

Arahan dikeluarkan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) itu dikeluarkan bagi memastikan keselamatan pengguna serta mengelakkan risiko kesihatan mata.

Menurut Ketua Eksekutif MDA, Dr P Muralitharan dalam satu kenyataan, larangan itu juga selari dengan peruntukan undang-undang sedia ada berhubung pengawalan penjualan seumpama itu.

Beliau menjelaskan, alat optik dan kanta lekap diklasifikasikan sebagai peranti perubatan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan tertakluk kepada Akta Optik 1991 (Akta 469).

Ini sekaligus menunjukkan, jualan barangan tersebut hanya boleh dibuat oleh juru optik atau optometris berdaftar.

“Sebarang penjualan kanta lekap dan alat optik secara dalam talian tanpa preskripsi yang sah boleh membawa risiko kesihatan kepada pengguna termasuk mengalami masalah penglihatan yang serius seperti jangkitan mata, kerosakan kornea, dan masalah penglihatan jangka panjang.

“Bagi menguatkuasakan larangan ini, MDA tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi iklan atau promosi yang membabitkan penjualan alat optik dan kanta lekap secara dalam talian.

“Mana-mana pihak yang melanggar larangan ini boleh didenda sehingga RM200,000 atau dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Tambahnya, platform e-dagang yang masih menawarkan jualan alat optik dan kanta lekap secara tidak sah akan dikenakan tindakan, dan semua pihak berkaitan diminta menurunkan pengiklanan barangan tersebut dengan segera sebelum dikenakan tindakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button