BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Jualan menurun, Tupperware fail permohonan muflis

WASHINGTON – Selepas bergelut dengan penurunan jualan dan persaingan yang semakin meningkat, Tupperware Brands Inc
(Tupperware) dan beberapa anak syarikatnya memfailkan perlindungan kebankrapan Chapter 11.

Menurut firma bekas penyimpan makanan itu, ia akan mendapatkan kelulusan mahkamah untuk terus beroperasi semasa prosiding kebankrapan.

Selain itu, syarikat itu juga akan mendapatkan kelulusan untuk proses penjualan bagi perniagaan itu untuk melindungi jenamanya.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat telah terjejas teruk oleh persekitaran makroekonomi yang mencabar,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Laurie Ann Goldman menurut laporan Bloomberg.

Terdahulu, pada 2020, syarikat peralatan dapur yang telah medominasi dunia dunia penyimpanan makanan itu telah memberi amaran tentang keraguan dalam keupayaannya untuk kekal dalam perniagaan.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan telah merancang untuk menutup satu-satunya kilang di Amerika Syarikat (AS) dan memberhentikan hampir 150 pekerja.

Pemfailan muflis di Delaware, AS itu dilakukan berikutan rundingan selama berbulan-bulan antara Tupperware dan pemberi pinjamannya mengenai cara mengurus lebih daripada AS$700 (RM3 bilion) juta pinjaman.

Pemiutang telah bersetuju untuk memberinya sedikit ‘ruang bernafas’ pada hutang itu, namun perniagaan terus merosot.

Produk Tupperware yang diasaskan pada tahun 1946 oleh Earl Tupper terkenal dengan
produk plastik kedap udara fleksibel mereka.

Jenama itu kemudiannya membanjiri rumah-rumah di Amerika dan seluruh dunia, dengan sebahagian besarnya melalui pihak jualan bebas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button