JPWPKL bantu keluarga murid lemas, siasat pematuhan SOP program luar
KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia akibat lemas ketika menyertai Program Sokongan Keyakinan Air di kolam renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, Rabu lepas.
JPWPKL dalam kenyataan memaklumkan, bantuan awal serta sokongan telah disalurkan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.
“Pasukan kaunselor serta Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah yang terlibat,” jelas kenyataan itu.
Menurut jabatan itu, kejadian berkenaan kini sedang disiasat pihak polis, dan JPWPKL memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan yang sedang dijalanka.
Pada masa sama, JPWKL berkata, siasatan dalaman turut dilaksanakan bagi meneliti aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penganjuran program berkenaan.
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 5 November lepas dan mangsa kemudiannya digegaskan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM untuk rawatan lanjut.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan itu, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang semalam.
Jenazah Allayarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As Shuhadah Sg. Udang, Melaka.
Menurut Datuk Fadil, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta aspek keselamatan penganjuran program tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






