
JPN nafi dakwaan pegawai KDN lawat rumah buat pengesahan kad pengenalan
PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan lawatan ke rumah bagi membuat pengesahan kad pengenalan.
Menurut JPN, dakwaan yang menjadi tular di media sosial sejak kebelakangan ini merupakan maklumat dan gambar lama yang ditularkan kembali.
“Tular kembali satu gambar di media sosial dan aplikasi whatsapp yang mendakwa terdapat pegawai KDN mengunjungi rumah untuk membuat pengesahan kad pengenalan.
“Untuk makluman, individu dalam gambar tersebut BUKAN kakitangan JPN atau mana-mana agensi di bawah KDN. Gambar tersebut merupakan gambar lama yang ditularkan kembali,” kata JPN dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.
Hantaran tersebut turut memberitahu, KDN sudah membuat penafian mengenai dakwaan dan gambar sama pada 9 September, tahun lalu.
“(Sehubungan itu) Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi.
“Ingat, tidak pasti, JANGAN kongsi!”, kata JPN.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |