BERITA SEMASA

JPJ KL keluar 2,398 saman dalam Ops Perang Lebih Muatan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengeluarkan 2,398 saman terhadap 939 kenderaan dalam Ops Perang Lebih Muatan yang dijalankan sejak 14 Oktober lalu.

Sebanyak 14 kenderaan turut disita atas pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan, tiada lesen sah, tiada insurans dan pelanggaran syarat teknikal.

Enam pemandu yang ditahan adalah warga asing dari Indonesia dan India, manakala selebihnya warga tempatan.

“Operasi yang diteruskan hingga 31 Disember 2025 itu menumpukan kawasan berisiko tinggi seperti kuari, pelabuhan dan kawasan industri berat bagi menangani isu muatan berlebihan yang membabitkan muatan seperti batu, pasir, tanah dan kayu balak.

“Fokus utama diberikan kepada kawasan yang dikenal pasti sering melibatkan aktiviti kenderaan perdagangan membawa muatan berlebihan,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, 5,967 kenderaan telah diperiksa, dan JPJ menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap pemandu atau syarikat pengangkutan yang mengabaikan keselamatan awam.

JPJ turut memberi amaran bahawa tindakan menghalang tugas penguat kuasa boleh disabitkan di bawah Akta APAD 2010, dengan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button