BERITA SEMASAPMX

JPA teruskan tajaan pengajian bidang perubatan, pergigian dan farmasi

GEORGETOWN – Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang pengajian perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan penerusan tajaan itu berkata, beliau telah mengadakan perjumpaan khas bersama JPA serta membincangkan isu berkenaan.

“Sejak itu, minggu lalu, saya adakan perjumpaan khas dengan JPA, mereka katakan itu dasar sedia ada yang lalu.

“Saya minta dikaji semula berdasarkan unjuran kita, keperluan sektor perubatan pergigian dan farmasi masih ada, maknanya program biasiswa JPA untuk sektor ini akan diteruskan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika muncul dalam Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dihentikan berikutan bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan bahawa pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button