BERITA SEMASASUKAN

Jojo lebarkan kemenangan, tewaskan petarung Mexico

DENVER – Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar berjaya menampilkan aksi bertenaga menewskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan berlangsung di Ball Arena di sini, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo menewaskan petarung Mexico itu secara knockout (KO) pada pusingan pertama.

Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).

Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.

Dalam aksi yang didominasi sepenuhnya oleh petarung muda berusia 17 tahun itu, Jojo nyata bukan tandingan dengan siri tumbukannya berjaya beberapa kali menjatuhkan Cruz sebelum lawannya yang berusia 28 tahun itu gagal untuk bangkit.

Kemenangan itu juga berjaya menebus kekecewaan Jojo yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 168 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button