
One Championship: Johan gagal bangkit, Iman ukir kemenangan keempat
BANGKOK – Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sekali lagi terpaksa akur dengan kekalahan selepas bintang sensasi Muay Thai negara itu tewas buat kali kedua berturut-turut dalam aksi sengit ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok hari ini.
Bertarung dalam kategori flyweight Muay Thai, Johan yang turun dengan rekod kekalahan sebelum ini terpaksa akur dengan keputusan ‘split decision’ memihak kepada lawannya, Diego Paez, selepas pertarungan tiga pusingan yang berintensiti tinggi.
Kekalahan tersebut menjadikan ia kekalahan kedua berturut-turut Johan atau lebih dikenali sebagai ‘Jojo’ dalam ONE Championship selepas petarung asal Sarawak itu tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan pada 24 Januari lalu.
Mengubati kekecewaan peminat Muay Thai tanah air, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib terus mengukir namanya sebagai pejuang sejati di arena global apabila meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam ONE Championship.
Baca juga : One Championship: Jojo tewas kepada juara dunia 5 kali dari Vietnam
Iman Aliff yang turun dalam kategori strawweight menewaskan petarung Maghribi, Elmehdi El Jamari menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision) selepas tiga pusingan pertarungan.
Kejayaan itu sekali gus menjadi kemenangan keempat berturut-turut buat petarung berusia 21 tahun itu sejak Ogos tahun lalu, termasuk menerusi knockout (KO) di pusingan pertama ke atas wakil Russia, Shamil Adukhov pada 8 Februari lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |