BERITA SEMASA

Jocelyn Chia dibuang ibu bapa

BANGI – Ibu bapa kepada ahli komedi kontroversi yang memperlekehkan Malaysia baru-baru ini, Jocelyn Chia, dilapor telah memutuskan hubungan kekeluargaan dengan anaknya itu.

Keputusan itu diumumkan bapa Jocelyn di Twitter selepas kecewa dengan tindakan anaknya yang disifatkan sebagai gagal dibesarkan menjadi manusia yang baik kepada masyrakat.

Anthony Chia Whye Liang dalam ciapan beberapa hari lalu mengumumkan dia dan isteri tidak lagi menganggap Jocelyn sebagai anak mereka sehingga mereka meninggal dunia.

“Saya umumkan buat pertama kali di sini bahawa saya dan isteri, Shirley akan ‘melepaskan’ anak perempuan kami bermula hari ini sehingga hari kami meninggal dunia.

“Perbuatannya adalah kegagalan saya membesarkannya untuk menjadi seorang individu yang baik. Masyarakat layak lebih baik dari ini,” katanya.

Tindakan keluarga ahli komedi yang kini memiliki kerakyatan Amerika Syarikat itu dipercayai susulan kontroversi terbaharunya yang mempersendakan tindakan Malaysia berhubung aksi biadap kumpulan muzik The 1975 ketika membuat persembahan di Sepang, Selangor, baru-baru ini.

Dalam ciapan di Twitter, Jocelyn secara sinis mengalu-alukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy yang diletakkan sebagai individu senarai hitam kerajaan Malaysia selain turut mempersoalkan Malaysia tidak mengarahkan Polis Antarabangsa (Interpol) menahan kumpulan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button